Kekal dengan formula, rock jiwang Nusantara, lagu ini tak cukup berkesan seperti lagu mereka sebelum ini, kecewa dengan corak lagu ini. Liriknya mendayu sangat.
Lama tak dengar band ini, dulu masa zaman sekolah era 1990an diorang dah ada album, meletup jugalah sebelum zaman milenium, lagu ni menampakkan diorang dah semakin jiwang, papepun syabas kepada Subculture kerana masih kekal dalam persada muzik. Suara penyanyi jemputan amat jelas kedengaran, menenggelamkan penyanyi utama band ini.
Lagu ini memang unik, ada vibe yang menyengat ala-ala modern rock dulu-dulu. Band ini diketuai oleh anak Andy Flop Poppy serta dengan banyak pemuzik indie dari band seperti Broken Riffs, Beatburns dan banyak lagi. Ulangan korus dia memang melekat macam virus kepada pendengarnya.
Lagu yang rancak, mempunyai unsur 1960an yang jelas. Gaya seperti bunyi baru yang tiada dalam dunia muzik Malaysia hari ini. Tahniah Noh Salleh dan Aizat Amdan.
Lagu ini mengingatkan saya kepada sekumpulan orang dayak di Borneo atau mungkin orang Asli di Semenanjung Malaysia sedang bermain di dalam unggun api, kemudian suatu objek tidak dikenali telah datang mengganggu kehidupan mereka, lalu mereka berubah menjadi manusia luar biasa.
Saya rasa lagu ini sesuai untuk dimainkan di kelab-kelab malam seluruh dunia. Marilah menari.